Saturday, July 19, 2014

Kata ganti nama

1. "Kalau begitu biarlah (                )sahaja yang menjalankan tugas itu," kata Hang Tuah kepada Sultan Mansur Shah.
A. beta
B. saya
C. patik
D. hamba

2. Lelaki itu bertanya, " Bolehkah (              ) duduk di sini?"
A. dia
B. saya
C. kami
D. mereka

3. Baiklah, (              ) perkenankan permintaan bendahara," titah Sultan Mahmud.
A. beta
B. patik
C. tuanku
D. baginda

4."Cikgu Mary berpesan supaya (     ) menghantar tugasan itu esok," kata Kamala kepada Zalinda.
A. awak
B. kami
C. kita
D. dia

5. Sebagai pemimpin negara yang banyak berjasa, (     ) sangat dihormati.
A. dia
B. kita
C. beliau
D. mereka

6. "Biarlah (     ) sahaja ke sana," kata pegawai itu kepada bendahara.
A. beta
B. patik
C. kalian
D. hamba

7. "Masa telah pun tamat. (    ) perlu berhentu menjawab soakan," kata pengawas peperiksaan itu kepada calon.
A. Mereka
B. Beliau
C. Anda
D. Saya

8. (   ) sangat rajin. Masing-masing mengulang kaji pelajaran sendiri sebelum berbincang dalam kumpulan.
A. Kami
B. Kamu
C. Kalian
D. Mereka

9. "Jemputlah datang ke rumah (      ) malam nanti," kata ayah dan ibu kepada Encik Leong.
A. kita
B. kami
C. awak
D. mereka

10. Kok keong dinobatkan sebagai olahragawan sekolah. (   ) menjuarai acara larian, memanah, dan lontar kembing.
A. Dia
B. Awak
C. Saya
D. Mereka

11. Joseph membawa adik (    ) ke taman permainan.
A. dia
B. -nya
C. kami
D. mereka

12. "(        ) mesti buktikan kemampuan masing-masing," pesan Joa Shua kepada rakan-rakannya.
A. Beliau
B. Kalian
C. Saya
D. Dia

13. " (             ) sudah siapkan tugasan semalam?" tanya Cikgu Lim kepada Alvin.
A. Beliau
B. Saya
C. Kamu
D. Kita

14. " Menjunjung perintah (              )," kata Laksamana Hang Tuan kepada Sultan Mahmud.
A. beta
B. baginda
C. tuanku
D. beliau

15. "(       ) mesti meminta maaf daripada Hadi," kata Lim Wah kepada Joanne.
A. Engkau
B. Beliau
C. Beta
D. Kalian

16. " Ini adik (       )?" tanya Noni kepada Zhi Ming.
A. kami
B. awak
C. saya
D. dia

17. " Sumpah, (        ) tidak mengkhianati janji kita," kata Meria kepada Jian Lim.
A. dia
B. beliau
C. aku
D. kami

No comments:

Post a Comment