Saturday, July 19, 2014

tatabahasa

1. Encik Mohan selalu memberi sumbangan kepada golongan (                     ) .
A. kaya  
B. sombong
C. lalai
D. miskin

2. Adik Siew Min tidak pernah berputus asa (                          ) dia selalu gagal dalam peperiksaan.
A. tetapi
B. walaupun
C. kerana
D. sambil

3. (             ) harus mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru.
A. Kami
B. Kita
C. Saya
D. Baginda

4. (       ) orang penyokong bersorak apabila pasukan bola sepak mereka menang dalam pertandingan.
A. Pertiga
B. Bertiga
C. Ketiga-tiga
D. Ketiga

5. Kebakaran yang berlaku ini telah memusnahkan dua (         ) kedai.
A. deret
B. cubit
C. dulang
D. bidang

6. (              ) yang mengajar Tina menganyam tikar yang cantik itu?
A. Bagaimanakah
B. Di manakah
C. Apakah
D. Siapakah

7. Para pemandu haruslah mematuhi (                ) jalan raya supaya tidak berlaku kemalangan.
A. peraturan
B. atur
C. mengatur
D. aturan

8. Suzi mendapat tempat pertama dalam kelas. Dia seorang yang (                     ).
A. garang seperti harimau
B. cerdik seperti kancil
C. cepat seperti kilat
D. cantik seperti bidadari

9. Pelbagai jenis (                      ) disediakan sempena jamuan Hari Jadi Kai Lee.
A. lauk-pauk
B. riuh-rendah
C. batu batan
D. calar-balar

10. Kerusi yang cantik itu diperbuat (       ) buluh.
A. dari
B. untuk
C. daripada
D. kepada

No comments:

Post a Comment