1. Pengurus dan jurulatih pasukan bola tampar itu sedang berbincang ( ) perlawanan yang akan datang.
A. demi
B. kepada
C. tentang
D. terhadap
2. Baju yang telah siap digosok itu digantung ( ) dalam almari.
A. di
B. pada
C. dalam
D. antara
3. Jarak ( ) antara Ipoh dengan Kuala Lumpur lebih kurang tiga jam perjalanan.
A. di
B. dari
C. pada
D. daripada
4.Posmen itu menghulurkan sepucuk surat ( ) emak
A. dari
B. pada
C. kepada
D. daripada
5. Kamail mengait buah rambutan itu ( ) galah bersabit.
A. akan
B. sejak
C. hingga
D. dengan
6. Kasut kulit kesayangan abang itu digilapnya ( ) berkilat.
A. dari
B. sejak
C. dalam
D. hingga
7. Gary menerima sepiring kuih ( ) jirannya lalu dia mengucapkan terima kasih.
A. pada
B. dalam
C. kepada
D. daripada
8. Surej tinggal bersama-sama bapa saudaranya ( ) kecil lagi.
A. pada
B. sejak
C. antara
D. hingga
9. Ombak yang bergulung-gulung itu meghempas ( ) pantai.
A. di
B. ke
C. dari
D. hingga
10. Dia menyertai pasukan tentera kerana cinta ( ) negaranya.
A. bagi
B. akan
C. antara
D. dengan
11. Kunci bilik sukan masih ada ( ) Cikgu Remy.
A. di
B. dari
C. pada
D. kepada
12. Encik Leong bekerja keras tanpa mengira penat lelah ( ) kebahagian keluarganya.
A. oleh
B. akan
C. demi
D. terhadap
13. " ( ) saya dan Nini, dia lebih cergas, " kata Anna kepada Cikgu Lim.
A. Dalam
B. Pada
C. Antara
D. Di
14. Perjumpaan persatuan itu bermula ( ) pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.
A. di
B. dari
C. pada
D. ke
15. Siva lebih kurus ( ) adiknya.
A. dari
B. kepada
C. daripada
D. dengan
16. Aini dan adiknya tinggal ( ) nenek mereka.
A. pada
B. dengan
C. di
D. sejak
17. Dia berasal ( ) Perak.
A. daripada
B. ke
C. dari
D. di
18. Sarah membungkuskan makanan ( ) adiknya.
A. dengan
B. daripada
C. untuk
D. kepada
No comments:
Post a Comment