Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
- Contoh: buai -> buaian
Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang lebih kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:
- Kata nama am hidup manusia: petani, ayah, ibu, sasterawan, pelukis, jurujual
- Kata nama am hidup bukan manusia: ayam, pokok, harimau, malaikat, ikan, bidadari
- Kata nama am tak hidup institusi: sekolah, persatuan, perpustakaan, hospital, pejabat pos, stesen bas
- Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit: rumah, lautan, langit, cakerawala, kereta, pekan
- Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: senyuman, bayangan, pendapat, cadangan
- Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang: iklim, keindahan, ajaran, hasrat
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata nama khas[sunting | sunting sumber]
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada subgolongan
- Hidup > Manusia / Bukan manusia
- Tak hidup
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
Kata nama khas hidup manusia | Kata nama khas hidup bukan manusia | Kata nama khas tak hidup |
---|---|---|
Aminah
Puan Marita Tan
Tengku Abdullah Prof. Fatimah Senator Wong Ah Meng Doktor Muthusamy | Jibrail | Melayu |
Kata Nama Khas Tidak Hidup
- Jambatan Pulau Pinang
- Plaza Tol Sungai Dua
- Gunung Jerai
- Menara Alor Setar
- Kangar
- Masjid Negara
- Proton Suprima
No comments:
Post a Comment