Kebersihan ialah perihal bersihnya diri, tempat tinggal dan alam sekitar.
Langkah menjaga kebersihan perlu dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kelompok manusia yang cinta akan kebersihan.
Kebersihan asa kesihatan.
Sebelum mandi, kita hendaklah memberus gigi.
Sewaktu mandi, kita perlu bersabun supaya badan kita bersih dan segar.
Kuku yang panjang perlu diketip supaya kotoran tidak melekat di celah kuku.
Kita juga perlu berpakaian bersih pada setiap masa.
Kita mesti selalu membersihkan rumah kita.
Sesiapa sahaja anggota keluarga bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan rumah.
Kita akan berasa selesa jika rumah kita bersih.
Selain ruang di dalam rumah, halaman juga perlu dibersihkan.
Kebersihan rumah ialah asas kepada kesihatan keluarga.
Kita juga perlu menjaga kebersihan alam sekitar.
Dedaun dan ranting yang gugur daripada pepohon hendaklah disapu.
Sampah sarap hendaklah diurus dengan berkesan.
Alm sekitar yang bersih akn menjadikan kehidupan kita lebih selesa dan ceria.
Saya berharap agar penjagaan kebersihan diri, tempat tinggal dan alam sekitar akan kita jadikan amalan semasa kita.
No comments:
Post a Comment