Saturday, March 7, 2015

Simpulan Bahasa

Penduduk Kampung Sungkak rajin mengusahakan tanaman buah-buahan.  Mereka bersikap ringan tulang untuk mencari rezeki dengan menjual buah-buahan. Pada suatu hari, banyak buah mangga yang hendak dipetik untuk jualan telah hilang. Mereka mati akal untuk mencari punca kehilangan buah-buah mangga itu.
     
     "Siapakah yang panjang tangan ini?" tanya Pak Hamid kepada rakannya sambil bercekak pinggang. "Ini mesti kerja budak-budak nakal," kata Pak Hamid serkap jarang.

      "Tidak baik buruk sangka.Marilah kita sepakat pasang mata untuk menangkap pencuri itu," kata Rajan, memberi jalan kepada rakan-rakannya.

     " Ya, bagus buah fikiran kamu itu," kata Ah Seng tersenyum.


1. Encik Chandran rajin mengusahakan ladang buah-buahnya yang terletak di Kampung Sungkak. (                                  )

2. Remaja yang sebatang kara itu telah ditangkap oleh polis kerana mencuri barang kemas Encik Yap. (                                   )

3. Sebagai jiran, kita haruslah sentiasa untuk memerhatikan keadaan yang berlaku di kawasan sekeliling perumahan. (                                                      )

4. Puan Siti tidak tahu apa yang boleh dilakukan setelah mendengar suaminya mengalami kemalangan jalan raya. (                             )

5. Semua pelajar digalakkan untuk memberi pendapat masing-masing supaya aktiviti gotong-royong berjaya dilaksanakan. (                                                          )

6. Kita tidak boleh membuat tuduhan secara agak-agaknya tanpa mempunyai bukti yang kukuh. (                                  )

7. Soon Keat dan adiknya terpaksa menahan lapar kerana bapa mereka yang merupakan punca rezeki baru. (                                       )

8. "Jangan melibatkan diri dalam pergaduhan antara Encik Yap dan Encik Chandaran," pesan Puan Siti kepada suaminya. 

9. Encik Lim tidak menolong penduduk Kampung Sungkak untuk membersihkan kawasan kampung yang telah dilanda banjir.
(                                    )

10 Doktor Lim menyumbangkan wang tunai sebanyak lima ribu untuk mangsa-mangsa kebanjiran. (                                       )

No comments:

Post a Comment