Pada 14 Februari 2014, CHHS telah mengadakan sambuatan Hari Kantin. Sambuatan Hari Kantin diadakan di padang sekolah. Semua pelajar dan guru terlibat dalam sambutan Hari Kantin yang diadakan.Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk mengumpul wang bagi menaik taraf perpustakaan sekolah dan membantu murid-murid miskin.
Semua pelajar dan guru berkumpul di tapak perhimpunan pada pukul 8.00 pagi. Guru Besar, Encik Tan telah menyampaikan ucapan dan merasmikan Hari Kantin. Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar kerana berjaya mengadakn Hari Kantin.
Semua ibu bapa pelajar dan orang ramai dijemput untuk menghadiri Hari Kantin. Para pengunjung boleh membeli makanan dan minuman di gerai-gerai jualan pelajar.Jualan dijalankan dengan menggunakan kupon.
Gerai-gerai jualan menjual beraneka jenis makanan dan minuman seperti nasi lemak, pisang goreng, mi sup, kuih-miuh, burger, cendol, ais krim, buah-buahan dan lain-lain. Selain jualan makanan dan minuman, gerai permainan juga dibuka untuk menghiburkan para pengunjung.
Gerai permainan Cikgu Hamdan paling mendapat sambutan ramai. Gerai tersebut menyediakan permainan seperti membaling getah, membaling bola ping pong dan lain-lain. Sambutan Hari Kantin berjalan dengan lancar sepanjang hari.
Hari Kantin berakhir pada pukul 2.00 petang. Semua pelajar dan guru membersihkan kawasan sekolah sebelum pulang. Pihak sekolah berjaya mengumpul sejumlah RM10000 melalui jualan Hari Kantin yang dijalankan. Guru besar memuji pelajar-pelajar dan guru-guru yang memberi kerjasama dalam aktiviti tersebut. Semua pelajar dibenarkan bersurai setelah aktiviti selesai.
No comments:
Post a Comment