Friday, April 17, 2015

Unit12- ms62

Kita perlu menjaga keselamatan diri walau di mana-mana pada setiap masa.
无论在哪里,任何时候,我们必须照顾自身安全。
Kita tidak boleh berlari-lari atau tolak-menolak.
我们不可以随意乱跑或推挤。
Perbuatan ini boleh menyebabkan kita terjatuh dan mengalami kecederaan.
这样的行为可以使我们不小心跌倒和受到伤害。


Selain itu, di dalam bilik Kemahiran Hidup terdapat peralatan seperti gergaji, pahat Dan penukul.
除此之外,在生活技能室内有锯子、钻孔器和锤子的工具。
Kita mestilah berhati-hati semasa menggunakan peralatan tersebut.
当我们用那些工具时,一定要小心。
Patuhilah peraturan penggunaan peralatan ini supaya terjamin keselamatan diri.
遵守这些工具的使用规则以便自身的安全有保障。


Di dalam makmal Sains pula, terdapat banyak peralatan yang diperbuat daripada kaca.
在科学实验室内,有很多玻璃制作的工具。
Oleh itu, Kita tidak boleh menggunakan peralatan itu dengan sewenang-wenangnya.
因此我们不能随意使用那些工具。
Kita hendaklah mendapatkan kebenaran guru untuk menggunakan peralatan tersebut.
用那些工具时,我们要得到老师的同意。
Guru akan mengawasi kita supaya tidak berlaku sesuatu yang berbahaya.
老师将监测我们以便危险的事不会发生。


Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang keselamatan diri.
总而言之,我们要时常小心和注重自身的安全。
Kita perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
我们需要遵守已经被学校规定的规则。
Peraturan tersebut akan dapat menjamin keselamatan diri kita.
那些规则将可以确保我们自身的安全。


No comments:

Post a Comment